Surau Al-Irsyadiah, Parit Buntar, Perak

Surau Al-Irsyadiah yang dulunya dikenali dengan nama Surau Taman Kerian dimulai sekitar bulan Ogos 1984 di sebuah rumah semi D di N-13 Jalan Bunga Kertas, Taman Kerian.

Tuan punya rumah tersebut ialah En Murad Shah b. Hassan. Pada masa itu beliau sedang bertugas di Pejabat Risda Daerah Langkawi.

Bermula dari sebuah rumah di Jalan Bunga Kertas usaha keras oleh Jawatankuasa Surau Taman Kerian untuk memiliki bangunan sendiri telah dimulai. Beberapa kaedah telah dijalankan bagi mengumpulkan dana pembinaan surau.

Akhir sekitar tahun 1997 terdiri lah bangunan Surau Taman Kerian di Tapak sedia ada iaitu Lot 5636 Taman Kerian. Bangunan tersebut dibina dengan kutipan dana dari penduduk Taman Kerian dan bantuan dari Kerajaan Persekutuan Melayu Wakil Rakyat YB Sdr Abdul Rahman b. Sulaiman.

Dari sebuah bangunan dua tingkat yang terbina sebahagian nya batu dan sebahagian lainnya kayu, surau Taman Kerian semakin makmur dengan Penyertaan Sekolah Agama Rakyat Integrasi/SAR (Kelas Asas Fardu Ain) telah menyertai surau.

Makan bangunan surau semakin besar dengan penyertaan Sekolah Agama tersebut. Sekitar tahun 2012 Jawatankuasa Surau yang sedia ada pada masa itu telah menyedari bahawa Surau Taman Kerian telah jauh ketinggalan dari segi Pembangunan Surau Baru di daerah kerian amnya dan kawasan Parit Buntar Khasnya.

Usaha dijalankan bagi Pembangunan Surau Baru, walaupun begitu Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Mufti tidak meluluskan permohonan Pembinaan Surau Baru kerana bangunan surau masih berkongsi dengan SAR.

Berbagai-bagai Usaha dilakukan bagi mendapatkan bangunan sekolah, Akhir tahun 2015 sekolah memiliki bangunan sendiri.

Tahun 2016 berpindah lah pelajar ke bangunan baru sekolah yang terletak berhampiran dengan Surau. Setelah berpindah nya pelajar sekolah Jawatankuasa semakin giat melaksana usaha mengutip dana bagi pembinaan Surau baru, berbagai-bagai usaha telah dijalankan.

Akhirnya pada mesyuarat jawatankuasa pada 14 Oktober 2019 Pembinaan Surau Baru telah dicadangkan . Mengambil pendekatan tersebut Mesyuarat Pembangunan Surau Baru telah dilaksanakan dan pada 8 November Surau telah diserahkan kepada Kontraktor bagi melaksanakan Pembinaan Surau Baru dijalankan.

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by